Ahad, 1 April 2012

Langkah Keselamatan ( Amalan 4M )

Membersih

Supaya bengkel bersih, kemas, selesa dan selamat.
Menitikberatkan kebersihan diri dan mental.
Berpakaian kemas, kuku dan rambut yang pendek-Kebersihan mental adalah berfikir positif dan bertanggungjawab dengan tugas yang diberi.
Dalam kerja pembersihan terdapat dua mesin yang digunakan iaitu:
Mesin Penyedut Hampagas (jenis kering dan basah). Jenis kering digunakan untuk menyedut kotoran kering. Manakala jenis basah digunakan untuk menyedut kotoran kering dan cecair.
Mesin Pemampat Udara digunakan untuk proses pembersihan secara semburan tekanan udara tinggi

Menyusun Atur

Guna alat mengikut kegunaannya.
Simpan alat di tempat yang betul.
Menilai Diri dan Tempat Kerja.
Pencahayaan yang cukup.
Peredaran udara yang baik.
Lantai kering dan tak berminyak.
Mendisiplin.
Mematuhi peraturan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Menilai Diri dan Tempat Kerja

Pencahayaan yang cukup.
Peredaran udara yang baik.
Lantai kering dan tidak berminyak.

Mendisiplin

Mematuhi peraturan dan keselamatan bengkel, alatan dan keselamatan diri.

Penjagaan Peralatan Tangan

Kreativiti dan Rekacipta

Contoh Rancangan Pengajaran KH Tahun 4

Ikan Hiasan

Ciri-ciri ikan hiasan.....
















Elektrik

Apakah Elektrik ?

ELEKTRIK ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil dari kewujudan dan aliran cas elektrik. Melalui tindak balas ia akan membentuk elektromagnet. Tenaga elektrik merupakan tenaga yang terhasil akibat aliran cas elektrik melalui pengalir elektrik. Elektrik merupakan sumber tenaga kepada manusia.

Dalam tahun 4, murid akan membuat penyambungan LITAR SIRI & LITAR SELARI

LITAR SIRI -
Ialah litar yang membolehkan hanya satu laluan arus sahaja. Arus tidak boleh melalui laluan lain sekiranya laluan tersebut terputus. Ujian boleh dilakukan dengan memasang 2 biji mentol (buku teks KH tahun 4 - M/S 60). Semakin banyak mentol dipasang, akan semakin malaplah lampu tersebut menyala. Hasil ujian menunjukkan, apabila 1 mentol tidak menyala (terbakar) atau salah satunya ditanggalkan dari pemegang mentol, maka mentol lain juga tidak akan menyala. Ini kerana arus elektrik yang dibekalkan hanya melalui satu laluan sahaja.





LUKISAN SKEMATIK - LITAR SIRI











LITAR SIRI









LITAR SELARI - Litar selari pula ialah litar yang membolehkan arus elektrik mengalir melebihi satu laluan. Sekiranya satu laluan terputus atau mentol ditanggalkan dari salah satu laluan, mentol yang lain masih lagi akan menyala (buku teks KH tahun 4 - M/S 60).




LUKISAN SKEMATIK - LITAR SELARI








LITAR SELARI