Ahad, 1 April 2012

Pengenalan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Kemahiran Hidup (KH) merupakan satu mata pelajaran bercorak amali, diajar untuk Tahap II Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Mata pelajaran ini digubal untuk mengembangkan keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi serta perniagaan dan keusahawanan. Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

P & P dalam kemahiran hidup membolehkan murid-murid mengendalikan pelbagai alatan tangan dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak teori dan amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-sekolah rendah di seluruh Malaysia (tahun 4, 5 dan 6).

Mata pelajaran Kemahiran Hidup bertujuan untuk membina dan membentuk sebuah masyarakat yang berorientasikan teknologi selaras dengan hasrat negara dan perkembangan industri elektronik yang pesat berkembang di negara kita. Secara tidak langsung akan menimbulkan keinginan dan minat murid terhadap teknologi dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan